GreenTeam Rules

Blog rasmi Kelab Rekreasi KPTM KCI, blog ini dibawah selenggaraan En. Mohd Shazli Shahuddin

Friday, September 3, 2010

Aktiviti Pendakian Bukit Broga Semenyih, Selangor

Aktiviti Pendakian Bukit Broga, Semenyih, Selangor, 7 Ogos 2010. Disertai oleh seramai 38 orang pelajar dari semua semester. Aktiviti ini diiringi oleh En. Mohd Shazli Shahuddin.

Mula bertolak dari KPTM KCI pada pukul 1 pagi, dan tiba di Masjid Semenyih pada pukul 5.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh. Pada pukul 6 pagi aktiviti pendakian bermula dengan keadaan hujan lebat, keadaan di Bukit Broga pada hari tersebut sangat sesak, berbagai-bagai badan-badan dan kumpulan-kumpulan turut mengambil peluang mendaki bukit pada hari yang sama. Keadaan sesak tidak mematahkan semangat ahli Kelab Rekreasi KPTM KCI untuk menakluk 4 puncak Bukit Broga. Bertolak pulang pada pukul 12.00 tengahari, bas mengalami kerosakan di Kuala Lumpur dan mengakibatkan kami terkandas sehingga pukul 7 petang. Sampai di KPTM Ipoh pada pukul 11 malam.

No comments:

Post a Comment